3:26 AM 1 kekomen

Confessions of a tak-gilekasut yg dahbykasut

Smlm sorg opismate aku bising kasut dia ilang. So, perbualan mkn tghari kami (kitorg mkn tghari ikut waktu US Central time), berkisar tentang kasut...

Ye, mmg org pompuan gile dgn kasut kan? Oh, bukan setakat perempuan aje rasanye. Org lelaki pun sebenonye sama. Gile kasut. Contohnye adik lelaki aku... gile kasut jenama harimau orgjepun. Dia kata, kat malaysia benda tu mmg limited. Dia dgn bini dia, sama naik buat koleksi. Hah.. bukti org lelaki pun gilekasut.

Ada sorg yg aku kenal ni, (bukan boo la), dia ni penah cerita dia punye gilekasut, sampaikan sanggup tahan perut dr mkn, semata2 sbb beli kasut. Menurut ceritanye, kalau nmpk kasut yg cantik, sanggup gunakan bajet makan for the day, semata2 sbb nak beli kasut. Dasat tak dasat la kan.

Ada jugak kawan aku yg gilekasut ni, punye la obses dgn design kasut yg sama... sampaikan dia ada berpasang2 kasut dgn design yg sama, tapi warna berbeza. Ye la.. at least kasut yg sama leh la di matchkan dgn baju yg berbeza. Sama la konsep ni macam org yg ada byk Crocs yg sama, tapi kaler bebeza...

Dalam pada beborak pasal kasut ni... tetiba boo pun bebunyik...
"Aku pelik gak sebenarnye dgn org yg leh survive dgn dua pasang kasut..."

Gedegang!!

Macam penah tau je sapa yg survive dgn dua pasang kasut tu? hahahaha... aku la tu kan.

Memang le, sblm ni, aku takde la rasa ada masalah kalau hidup dgn dua pasang kasut. Satu kasut pi keja, satu lagi kasut jenjalan. Kan senang... takyah pepikir, takyah pepilih nak yg mana satu.

Tgk je urusan apa yg nak dilakukan dgn kasut tersebut:
- Pi keja, kasut cap 'anjing'
- Pi jalan, kasut cap 'kenderaan'
Takde pening2.

Tapi tu dulu la... skang ni alang2 ada manusia yg nak besabar pilihkan kasut utk aku, makanye, populasi kasut aku makin membuak2 la kat umah tu.

Ingat lagi masa aku tgh kronik kerana kasut jalan dah hanco... masa tu boo baru je recover dr medical leave dia yg bebulan2 tu. Gigih dia pi temankan aku rayau2 tiga soping kompleks, mancari kasut. Dan last2, aku beli kasut kat kedai pertama yg kitorg singgah.. haha.. lorat tak aku time beli kasut? Sbb tu la tak byk kasut.

Dan kasut yg dia temankan aku beli tu lah, yg aku dok pakai tetiap hari masa aku kat US dulu. Panas, ujan, salji.. apa je yg tak rasa. Aku siap leh tanpa segan silu lagi jemur kasut tu kat opis akibat terbenam dlm snow masa jln2 amik gambo keliling opis... haih.. kasut oh kasut... So sebenarnye, mmg boleh je survive dgn SATU kasut.... dalam masa dua bulan setengah aku kat sana...

Tapi tu cam dah tahun lepas la... La ni, aku macam dah byk kasut. kasut jalan ada byk dah. Kasut keja pun dah lebih dr satu. Kasut keja dgn kasut jalan pun boleh betukar ganti skang ni. huhu...

So, skang aku cam baru terasa... camne laaa dulu aku leh pakai kasut yang SAMA, utk ke opis setiap hari.. selama hampir (atau melebihi) satu tahun.. huhu...

Ah.. apa2pun, aku masih lagi nak Crocs Cove tu.. muahaha.... dah kaler mesti putih dgn biru tu. Kaler lain takmo.... (lorat kan?)
5:01 AM 2 kekomen

Daiso oh Daiso

Smlm lepas merewang pi bekfas kat pantai dalam, kitorg patah balik ke ioi mall puchong utk gi ke daiso. Ingatkan memula nak menerabas terus ke midvalley, tapi masa tu baru pukul 9 pagi. Mana ada kedai bukak. Maka kami pun memperabih masa di dalam keta, balik semula ke area umah.

Dan niat di hati, mmg nak ke daiso sbb nak cari finger. Ha.. apekebenda finger tu? Yg penting, ia bukan peralatan utk melakukan hubungan kelamin, tapi sarung jari yg digunakan utk memudahkan flip kertas. Haih la, keja pun kat kampeni publishing, pastu keketas tu siap bwk balik umah sume. Mmg tepaksa la beli finger tu.

So, dgn konfidennye kitorg masuk Daiso, nak cari finger. Cari punye cari punye cari.. tak jumpa la plak.. aiyoh. AKu biasa la, bila cari barang, mula la perut pun memulas. So, tak larat mencari, aku pun tanye la kat sorg mamat yg keja kat Daiso ni. Mamat ni mmg tak nmpk macam harajuku langsung la. RUpanye ada la seperti mat rempit yg bekerja di Daiso.

Aku:
Dik... (ye, aku sedar aku dah tua)... finger kat mana ek?

Budak tu:
*buat muka pelik*

Aku:
Ala.. finger, yg macam getah tu, yg letak kat ujung jari, senang nak selak kertas.

Budak tu:
*blurr lagi.. dan langsung takde effort nak begerak atau memanjangkan leher*

Aku:
Ala.. yg getah tu.. (Siap tunjuk2 jari lagi i kat situ)

Budak tu:
Oh, itu kita takde jual...


Bley gitu reply dia?!!

Aku:
*dah hangin ni...* Mana plak takde jual? Dulu kitorg pernah jumpa finger tu kat sini. Cuma skang ni, kitorg tak ingat je location dia kat mana!

Lepas aku jerkah, baru la tehegeh2 nak begerak cari barang tu. Tapi sblm dia sempat cari, boo dah jumpa dulu barang tu. Haih...

Ni pesanan penaja nih.... len kali, sebelum cakap kedai korg tu tak jual barang tu, pikior2 la dulu. Ini tidak, laju je kata takde jual. Malas nak cari, cakap la malas. Kalau tak pun effort la sket kan.. gi pusing2 ke, tanya senior ke. haha.. tetiba aku emo lagi (macam tak biasa...)

Anyway, sementelah ke Daiso tu, kalaupun niat asal nak beli 1 barang je, hujung2 cerita, mesti terbeli lebih jugak. So, smlm, kitorg beli 3 barang. So total = RM15. Beli tah pape plak tu.. penyangkut wayar pun jadik.

Dan walaupun aku dah cop Daiso sebagai kedai membazir yg utama, tarikan nak ke sana tetap kuat. Ada je yg nak dibelek dan di cari. Dan so far... perkara membazir yg aku penah beli di Daiso termasuklah...

  1. Klip plestik sampah. Supaya plestik tu lekat kat bakul sampah, dan boleh lekatkan sekali 2 plestik dlm satu tong. Ye.. mmg kita tak perlukannye, tapi kreativiti tu yg memikat hati.. haha.
  2. Organizer tpt sayur fridge. Ye la... boleh la asingkan lobak, dan kacang panjang dan terung; dari sawi, bayam dan kangkung. kan? hehe
  3. Tapawer Steamer kenit. Ini tak membazir pun sebenarnye, tapi kalau dah bebulan beli, tapi tak penah guna, apa ke namanye tu kalau bukan wak bazirr...
Yg lain, aku tak consider membazir sbb, kalau sudip plestik, pisau potong bulat, bekas letak cd.. itu semua mmg digunakan, so, tak membazir la kan.

hahaha... kepada sesapa yg belum mengalami pengalaman membazir di Daiso, sila lah berkunjung ke cawangan Daiso yg terdekat... memang best!!! haha.. adeh...
12:04 PM 1 kekomen

dah tetua ni mana dtg inosens nye?

hohoho.. Td masa blk dr opis, tetiba aku terpikir pasal cinta di zaman hingusan dan cinta di zaman kematangan. Ntah ek, aku rasa, makin meningkat usia ni. Makin kurang innocence dlm bercinta...

Masa sekolah dulu, kalau kita suka org tu, adalah sbb kita suka kat dia. X byk pekara lain yg menyangkut paut dgn cinta tu. Yg kita tau, kita suka dia, gembira bila dia ada, dan rasa sanggup buat apa je utk besama dgn dia. Tak kisah la dia pakai baju selebet2, stokin terlipat sebelah, rambut x blow sblm dating, yg penting, hati tepaut, janji pun bertaut... Masa depan? Masih jauh... Dan kita bedua sesama berusaha mencapai yg terbaik....

tapi itu dulu...

Skang ni? Bila dah adult. Dah leh commit adultery... Semuanya matters. Semua jadi tekanan. Nak keja elok, nak hidup senang, nak berjaya dan dihormati dlm kerjaya. Pressure ada di mana2. Tapi tekanan yg paling kuat, adalah dr diri sendiri. Diri yg mau jadi seperti org lain, yg rasa, kalau xleh lebih baik, mestilah setaraf dgn masyarakat... At par.

Dan ketika ini, kita timbang2 siapa pasangan kita. Cukupke dia yg hanya sekadar ada tapi x boleh membantu? Dptkah dia membawa kita ke mercu kegembiraan dunia? Akan di pandang best kah oleh masyarakat kalau kita kapel dgn dia.

Dan di sini harta, taraf hidup, rupa paras dah mula jadi aspek penentu.

Jadi skang ni adakah anda pasti anda dipilih secara ikhlas dan innocence oleh pasangan anda? Betulke dia x pandang kereta continental 2.0 yg anda pandu? Pastike dia tak hanya sukakan kesosialan dan keseksian anda yg menampakkan dia gah di mata rakan2nya? Iye ke poket tebal anda tu tak bermakna? Dan betulke bukan gelaran Dr. atau Ir. tu yg sebenarnye mengikat dia?

Tepuk buzzer dan kunci jawapan anda.

Kalau ada org yg sanggup pape asal begaye, xkan xde yg sanggup merane jiwe, asal glamer? Huhuhu
12:54 AM 0 kekomen

what i want for christmas.... Crocs Cove!

ish.. tempting! bila nak masuk Malaysia nih??


2:05 PM 5 kekomen

Teknik2 menangani 'annoy' dalam pejabat (bukan amoi ye...)

Bila kita keja malam macam aku ni kan.. kengkadang macam agak sakit hati yg susah nak dikaver jugak la apabila mood tgh swing macam cipan, tetiba ada org yg tetego nak berbuat2 baik hati, terlebih concern, dan kekdahnye, terlebih concern sehingga sampai sindrom'mak nenek' (bak kata sorg opismate aku)..

Dan lagi teruk, kalau dapat org yg sindrom mau kepala sama peha. ye la.. bagi muka nak kepala, bagi betis nak peha.. kang aku bagi kang... terus takleh stret semula. hahahaha...


Jadi pikir punye pikir, aku rasa, aku dapat beberapa cara utk melarikan diri dari org2 bertaraf mensakitkan otak sendiri ini...


Situasi 1:
Dah la bangun lambat, sampai opis access kad plak tetinggal. Pastu yg bukakkan pintu pakat2 membebel kenapa tak bawak kad... jadi, apakah yg patut anda buat?

A. Sengih dan mintak mahap sbb menyusahkan dia.
B. Jeling dlm gaya marah, dan suruh dia senyap, seraya berkata.. 'menceceh cam manenek!'
C. Pegang kepala dan terus jatuhkan badan buat2 pengsan. Sedarkan diri setelah anda di hantar balik ke rumah. Dalam borang cuti, letak komen 'Sakit otak'


Situasi 2:
Setelah jenuh bekerja, maka tibalah waktu makan. Maka dengan penuh semangatnye kita bukak bekal yg di bawa dgn penuh selera. Dan kemudian masuklah sang annoy ini... Dan dia dgn bestnye duduk sebelah, sambil komplen.
"Kalau aku masak sayur, mesti letak brokoli, ada ke letak kobis je..."
"Kari kau ni guna rempah apa? Apa?? Alagappas? eee.. macam mamak, kenapa tak guna Adabi??"
Dan sambil dia komplen, tau2 korg makan 8 suap, dia tala 4 suap.
Apakah yg patut anda buat?

A. Ucapkan terima kasih di atas kesudiannye memberi cadangan bernas utk masakan awk.
B. Bagi je kat dia.... 'komplen byk, ko makan free gak. tak kelas... buncit perut kau tu esok'
C. Angkat lauk tu, curah kat kepala dia... pastu blah sambung keja.


Situasi 3:
Tengah borak2 beramai2, tetiba dia bekata.
"Hoi kapal, jom esok kita jogging. Kau tu dah gemuk. Rajin2 la eksesais, macam aku ni!"

Apa reaksi anda?

A. Bagi jawapan sebegini. "Thanks aa wei, jom lah. Kau la sahabat yg concern dgn aku. Nak bantu aku kuruskan badan. Jom esok kol 9 kat tasik putrajaya ek?"
B. Sakit hati dan kutuk dia balik... "Apa kutuk2? Aku gemuk, kau tu mahagemuk!"
C. Cakap camni, "Eh, betul ke aku dah gemuk? tolong timbang sket." Lepas tu terus duduk atas muka dia.

Situasi 4:
Kita ni nak kuar makan kat luar, tapi si annoy ni sibuk la plak nak kuar sama. Kita takmo dia ikut... So, apa nak cakap kat dia?

A. Cakap la kita nak jumpa kawan lain dan ada perkara penting nak dibincangkan dgn org itu.
B. Bgtau je kita taknak dia ikut. Watpe hipokrit?
C. Cakap kat dia.. "Oo.. kau nak kuar ke? Tolong tapaukan aku cikenchop, baked spageti, dgn air temikai susu. Nah duit" Bagi dia limaposen dan terus blah masuk toilet.


Situasi 5:
Kita sesedap buat satu dokumen ni, dah diskas dgn menejer sume. Dah approve pun. Tetiba, lepas dua tiga minggu kita guna dokumen tu, tetiba dia komplen semuanya tak betul. Dan dia kata kita ni tak pandai buat la, itu la, ini la... Apa korg nak buat?

A. Buat semula dokumen tu, dan dapatkan nasihat dia... bukankah sharing is caring (haktui!!)
B. Begaduh gegila dgn dia. Dulu takmo komen, bila dah siap semua, baru tau nak komplen. Gaduh sampai tarik2 rambut pun takpe. Ajak Team Leader pun gaduh sama!!
C. Pegi donlod lagu Pink - Stupid Girls. Setiap kali dia datang dekat, pasang lagu tu kekuat. Lagi best, pi subscribe caller ringtone 'Stupid Girls' khas utk dia... Kalau kampeni block internet, takleh donlod... ko nyanyi je sendrik!! Stupid girls... stuuuuuupid girls....!


Oh ye.. tetiba macam soklan personaliti plak kan entri kali ni?

Sekiranye korg memilih 'A' utk kebanyakan situasi, korg adalah org yg mmg baik hati, atau anda sebenarnya dewa hipokrit!

Sekiranye korg memilih 'B' utk kebanyakan situasi, korg mmg berani. Motto idup korg ialah 'sukati aku, nasib la engkau'

Sekiranye korg memilih 'C' utk kebanyakan situasi, korg mmg satu tahap lagi nak sakit otak... macam aku skang ni....


haiya..
8:00 AM 2 kekomen

huk aloh - (petanda aku masih benyawa...)

Hari ni aku bekfas kt opis mkn beskot sultana (bukan sultanah aminah heh) dgn susu lofat. Kena sebut tu lofat tu. Bikoz bukti menjaga pemakanan sihat. wahaha... tipu je.

Jadi sambil bersarapan, aku baca la blog opismate2 aku. Mmg teruja ah dgn sesetengah bebudak sini. Masing2 apdet blog cakap omputeh. Bukan satu dua apdet, hampir kesemua apdet. aku ni kengkadang ada la datang lidah tegeliat nak ckp omputeh, tapi geliat tu pun geliat tak betul. Porak peranda jadiknye. haha..

huih, tetiba aku tepikir plak, ape la nak jadik dgn blog aku ni. Skang ni nak apdet cam malas2, masa takde. Sekali apdet pun, bebalik entry poyo. Aku sendrik bosan nak tulis. Apetah lagi mereka yg membacanye.

Pikir2 pasal haluan blog ni... cam apa je objektif blog aku ni. Dedolu banyak cerita pasal hal2 senget. Skang cam dah ramai je org senget buat blog. haha... (di baca sebagai, makin ramai org senget kat melesia nih!!)

Kalau nak cerita kegembiraan berjolajoli dgn kengkawan senget. Ade ke lagi? Hidup kureng normal cam aku ni mana ada masa dgn kawan. balik2 kawan opis yg aku dok kutuk hari2. kahkah..

Nak cerita masalah ketidakpuashatian dlm negara atau rumahtangga, cam kureng ada la plak. Ye la, camne nak ada. Kat opis keja2, balik umah tido2. tak sempat gaduhnye. heheh..

Nak cite pasal opis? Halo.. takde citer lain ke. heheh.. apeda...

haih.. aku rasa, adalah baiknye aku cari balik idea merapu aku, dan kembangkan yg tu je. Leh je jadik loyar buruk. Buat penghibur hati yg asek mengantuk ini.

Dah la.. aku nak tido.
2:38 AM 5 kekomen

8 hari di hari raya...

Adeh... raya ke 8... dah masuk keja. Malas tak terkira nak membukak mata di memalam buta ni. Cik boo pun sedap je tido kat umah mlm ni. Isk. jelesnye dgn org yg leh tido memalam.

Ho... apdet pasal raya. Tahun ni first time aku beraya kat umah mak/abah, dan bukan kat umah atok. Raya tahun lepas atok kembali ke Rahmatullah, maka kali ni, semua org beraya dgn kelorge nukleus memasing aje.

Anyway, sbb beraya kat umah sendrik, maka dapat la buat aktiviti sendrik. Raya ke 1, semayang raya, makan2 aidilfitri, dan pastu, melangak depan tv tunggu muzikal raya yg tak muncul2. So, sbb kebosanan, maka baik la tidur sahaja. Org beraya pun tak ramai, so, mak takde la marah kalau tido kan. hahaha... Dah time petang tu, kami sekelorga beraya kat keluarga belah Abah, yg memang selalu terabaii kalau berkumpul kat umah atok pada raya2 sebelumnye. hihi...
Raya ke 2, mak tambah menu, sbb ada ramai adik badiknye nak dtg umah. Kitorg buat beryani gamm, yg mmg almaklum licin sesudah tamatnya hari raya kedua itu.

Raya ke 3, balik la ke umah atok, pegi melawat pusara arwah atok dan tok ayah. Pagi raya keempat tu pulak ada la tahlil kecil2an, lepas tu kitorg pun terus bercuti2 raya ke Melaka. So, gambo raya tahun ni, mmg kat depan kota A-famosa.. bley? Cam rasa kelako pun ada gak. Tapi yg penting hapy. Aku pun taktau, skang ni suka gile pi Melaka. Sampaikan smlm bila aku mencadangkan utk berjenjalan ke melaka, cik J berkata, dan aku quote..."U ni, asyik melaka je"..
Macam la dia join time kitorg lepak kat Melaka haritu kan?
Betul ke tidak? (ulang 3 kali macam Datin Wan Abe...)

Kat melaka jugak, aku ajak boo dtg. Maka 'beraya' la kami bersama. hehe.. Sungguh pedih rasanya jauh dgn dia. Aku balik ke kg one day before raya, hari raya ke 4 dah jumpa balik dah. Raya ke 5 aku dah balik kl dgn dia.

Raya ke 6... nak cari kayu... nak cari kayu... hehehe... jumpa kayu. Rumahnye je lom siap lagik. Semangat2!! Tah bila la ada masa nak membuat reban kucingku...

Raya ke 7, aku dah buat makan2 raya kecil2an. Tetiba rasa ilang stress bila dah ajak kengkawan makan raya. Takde sapa nak tanya, rumah kau bila lagi. hehe. Kan best tu.
Macam tahun lepas, takde sape nak tanya. The year before that mmg sangat sedikit kekdahnye org yg aku jemput. Boleh dikira dgn jari tangan sahaja. Dan timekasih kepada catering percuma yg mensedekahkan makanan pada mlm itu. Licin nampaknye ek. hehehehe... Another one of your successful projects gitu.

Korg yg tido kat umah mlm tadi. Mahap sesangat sbb tuan rumah bantai tido sampai tak tejaga nak bukak pintu. Nnt kita panaskan umah org lain plak ek...

All in all... (lack of moral sungguh penulisan aku ni), mmg Raya tahun ni tak sama sungguh dengan yg sebelum2nye. (err.. except for raya tahun lepas yg mmg so takmau experience lagik). Tak join marhaban beramai2, tak payah bagi duit raya banyak, tak byk sgt drama sedih kat tv. Tapi... bersyukur sebab masih mampu diraikan dgn org2 yg penting dlm hidup kita. Masih mampu merasai kasih sayang yang ada. Hari raya tidak semestinye hyped (terlebih sedih/meriah/makan/eventful) macam kat dlm tv.

Yang penting ikhlas! Pada diri, keluarga, dan persekitaran.


Trivia bulan raya...
"Kalau katanya Ramadhan bulan mulia, mengapakah bermaafan di bulan Syawal?"

.... itulah aku, 8 hari di hari raya.
1:17 AM 0 kekomen

8:34 AM 0 kekomen

Malas nak raya

Tahun ni tetiba aku rasa malas gile nak sambut raya. Patutnye, dah tahun lepas tak dapat beraya, tahun ni cambest la sket kan. Tapi tak. Masa soping raya pun... byknye aku teman org lain soping. Aku... cuma beli selipar raya je, itu pun smlm baru jumpa. Beli pun sbb takmo mak aku bising kalau aku bantai pakai crocs Cayman bangang tu pi beraya. Tak seswai, mak marah ok. Kalau mak abah aku orait je, mmg aku takdenye nak beli selipar raya.

Memula aku cam pikir la.. kenapa la pulak aku malas gile nak raya. Cuti panjang sampai seminggu nak la plak kan. haha...

Setelah direnung2 ke dalam diri (oh, bola mata takleh tegolek ke dalam ye...), aku tetiba mengerti, aku sebenarnya cam sedih gile nak tinggalkan Ramadhan ni. Aku rasa (dan berharap) inilah Ramadhan terburuk yg pernah aku lalui. Bukan sebab byk musibah menimpa diri. Alhamdulillah, ada lagi rezeki melimpah ruah yg masih dikurniakanNya.

Tapi.. tahun ni pengisian Ramadhan aku hampir kosong!! Ziro! Toksah la nak kata perkara sunat2 biasa, sunat muakkad yg satu tu pun tebuk2. Even pahala termudah, buka puasa pada waktunye, punn aku biasa termiss.

Aku taktau la apakehei yg menyebabkan aku sangat susah nak bgn tido time puasa ni. Dan bila dah ttido tu, ehem ehem.. byk la jugak yg terlajak nye. Adeh! Sakit jiwa kalau memikirkan betapa kurusnye pahala puasa aku tahun ni.

Itu tak termasuk lagi venting out ketidak puashatian kat opis ni. Dgn adanye manusia2 yg kita harap boleh bantu kita, tapi nampak macam sangat tak capable. Dan nampak sgt macam memperabih duit kampeni. Mmg kampeni ni bukan makpak aku punye, tapi kalau gaji gibu-giban, keja dok passing2 sana sini, apa initiative dia pun tak berapa nmpk... camna tu? Berapa lama kami mau tunggu inisiatif kamu. Dua minggu? Satu bulan? Tiga tahun? Bagi can punye pasal, kami bagi 2 minggu, tgk apa yg dia bawak, drpd obersi nih! Bluek!!

Lepas raya ni ada lagi org baru masuk, ada lagi training. Itu bermaksud, ada dua org keluar. Reason keluar? Untuk kebaikan semua org. Org lain dah tak koser nak buddy korg sampai bebulan2. Dah la keja malam, nak fokus pun susah, mata ngantuk. Kalau asyik buat silap je, harap boleh la berhenti menyusahkan org lain..

So far, dr apa yg aku perati time training, mmg boleh nampak la muka2 yg bermasalah. Yg tu mmg lambat memanjat, dan kalau tak pun, ada masalah attitude... yg lebih baik cari keja lebih berpekdah.

Persoalannye skang, aku ni, bila nak tuka kerjaya yg lebih berpekdah. Takkan nak terperuk dlm akuarium ni sampai tiga pat tahun? Ish... kesimpulannya, apa kita nmpak kat org, itu la diri kita... dan truly.. aku la kot sebenarnya yg kurang fokus atas apa yg aku nak buat dlm hidup...

So, apa yg aku nak???
3:45 AM 0 kekomen

Apabila Blogger juga satu virgo


Happy birthday blogger. Wpun aku tak penah 'jumpa' dgn kamu. Tapi tanpa kamu, siapalah aku. heheh... Dan kekdahnya blogger jugak satu makhluk berzodiak virgo ropenye.
Anywhoo... aku skang ni tgh muak dgn celebration besday. Menjadi sangat2 overrated kat opis aku ni. Ada sambutan utk the whole floor. Ada jugak sambutan yg dianjurkan oleh specific team, dan ada jugak sambutan oleh kroni2 ahlul besday itu.
So, sebulan, ada peluang lebih drpd 3 kali makan kek resepi rahsia. Dan skang ni, rasanya dah tak rahsia lagi resepi2 tu. Sbb kitorg dah leh agak apa yg dibubuh dalam kek tersebut. Ye... seronok sbb makan free, tapi tak seronok kalau asyik benda yg sama je (eh aku ni, kenapa skarang ni mudah merasa bosan ya? hairan... hairan...)
Dan baru sat2 ni je, aku pun turut sama bersekongkol menselebret besday DatinM. Semalam dah selebret, tapi sbb takde kek, harini selebret lagi. Seperti biasa, kek cekelat mewahwahwah dr kedai resepi rahasia. Dan dalam pada mengkomplen2 aku harini, satu setengah piece jugak aku makan, demi utk mengelakkan daripada pembaziran dr pihak dak boo. Ish, apart from the free food, mmg aku rasa terlebih sudah bebudak yg selebret besday kat kampeni ni.
Ah... dan rasanya 14hb nnt besday si TikusTechie plak. yg ini macam dilema... nak selebret, atau tak.. haha.. harus la bias. dan di waktu org semua dah pegi becuti raya, besday dak boo plak. Yg tu ai tatau acamna nak selebret. takkan nak kissu2 di tetengah lautan opismate ni plak. I hate skendel kononnya.
Sesungguhnye, or.. kemungkinannya, kerja seperti kat kampeni aku ni, mmg seswai kot dikerjakan oleh org2 berzodiak virgo. Yang kononnya meticulous, detail, attentive, organized, tak suka buat salah, tak suka org nampak depa tak best, tak suka partner depa nampak takbest (wpun partner tu mmg takbest pun [and i can't even start on this])... hehehehe...
virgo, oh virgo...
sebagai seorang bukan virgo yg dah terjatuh chenta dgn org virgo... ianya seperti, ditelan, adeh, payah gak nak cope... Diluah plak macam.. takleh woo, depa 'jaga' bayekk punye.
dilema? mungkin tidak...
apa2pun, tahun ni aku beraya di sini. kehkehkeh...